Powered By Blogger

Friday 6 May 2011

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

1. Kesenian



  1. Maksud : sesuatu yang indah dan menyenangkan sama ada kepada pencipta atau penatap.
  2. Aktivis seni dikenali sebagai seniman.
  3. Seni bina pada masa dahulu dipengaruhi tradisi Hindu-Buddha.
  4. Hasil ukiran @ arca Avalokitesvara menunjukkan pengaruh India.


1.1 Seni bina






tempat berlindung
contoh :
  1. masjidmempunyai ciri-ciri seperti mihrab, mimbar, telaga / pancur air dan bumbung yang khusus.
  2. istanamempunyai balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat.


1.2 Kesenian epigrafi





batu bersurat, batu nisan
Contoh: Sistem tulisan dalam Islam dikenali khat      @ kaligrafi digunakan sebagai hiasan
jenis : kufi dan nasakh.


1.3 Seni persembahan
menggabungkan muzik, nyanyian dan tarian.
Contoh : tarian dabusterkenal di Perak memaparkan pengaruh Arab, mengandungi unsur agama dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.



2. Gaya Hidup
  1. Di kalangan pemerintah, amalan protokol (hijabah) menggambarkan pengaruh Bani Umaiyah.
  2. Dalam pelantikan dan pertabalan raja sebelum kedatangan Islam – adat pembacaan cirri (kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanksrit).
  3. Kedatangan Islam – lafaz ikrar digantikan kerana terdapat unsure baiah.
  4. Pengganti sultan dilantik sebelum istiadat pemakaman apabila sultan mangkat.


3. Kesan ajaran Islam















  1. 1.Menghormati yang tua.
    2.Jiran dianggap sebagai keluarga.
    3.Menggunakan panggilan tertentu sebagai tanda hormat.
    4.Tetamu dilayan dengan hormat.
    5.Orang yang berziarah hendaklah memberi salam dan dijawab tuan rumah.
    6.Bersalam-salaman diamalkan.
    7.Ungkapan bismillah semasa makan / minum.
    8.Mengadakan majlis khatan, majlis khatam.
    9.Bergotong-royong.
    10.Menekankan nilai perpaduan.